Saturday, February 6, 2010
KELIRU
agak lama aku tidah menjengah ke ruangan ini. emm...bukan tiada lg minat dihati malahan suara hati ini seolah-olah meronta2 untuk aku kembali menggerakan jari jemari ini untuk memaju papan kekunci bagi memahat segala yg aku rasa di salah satu hamparan maya yg cukup porpular ini. dari satu sudut yg lain aku terasa begitu kosong sehinggakan aku tercari-cari baris ayat yg bisa kau susun. ada kalanya aku terasa begiti tepu dan ingin sepantas kilat menceritakan segalanya. keliru atau lebih tepat lg aku masih tercari-cari siapa aku yg sebenarnya.mungkin ada yg menganggap aku terlalu tua untuk semua itu. tetapi hakikatnya itulah yg lahir dr hati ini. bukan tidak mengenali diri sendiri tetapi kadangkala aku keliru. pd ketika ini aku merasa kehilangan teman2 yg dulunya begitu menyokong kerjaya yg aku lakukan. tanpa punca yg jelas mereka sentiasa berasia. penjelasan demi penjelasan aku pinta namun sikap membisu membuatkan aku bertambah curiga.mungkin aku masih punya teman dlm kehidupan seharian namun dalam kerjaya aku sedar aku kini sendiri. aku keliru kenapa aku menjadi anak tiri dlm hubungn kerjaya. segala buah fikiran aku curahkan demi melihat tangan-tangan yg sama-sama mengangkat nama itu turut cemerlang. malah kini kenapa tangan ku mereka lepaskan. aku tetap berpaut pd belas ehsan yg mana sinar bakat ku bukan lg jd utama. meminta kadang kala persis seorang fakir. redha kerana dasarnya mungkin ini takdir tapi bila tiada ketelusan dlm perhubungan membuatkan aku kembali berfikir. pada mulanya hati bersalut hitam.. akal dihumban nafsu dijulang. ingin sekali merentap gemilang yg bertahta. namun jika itu dizahirkan, apa beza aku dgn mereka. kembali aku pd yg Satu. tempat mengadu yg tiada batasan waktu. redha dgn apa yg ditentukan dan terima dgn rezeki yg diterima. aku kini bangkit kembali dr segala yg berlaku. kembali mula bertahtih mengatur langkah.usaha yg tiada henti demi persaingan yg lebih sengit.namun aku tidak dpat menipu diri ini yg parut itu masih terlekat pd hati. sesekali memujuk hati yg kini mudah membara tetap terasa benjolan parut itu. bukan dendam lg yg aku semai dlm diri tetapi doa supaya mereka diberi cahaya kebenaran atas apa yg berlaku...perasaan aku tidak pernah tenang. kadang kala aku terkilan kenapa aku sering dipinggirkan tatkala saat bergembira. namun jika aku mencadangkan sesuatu..emmm..ia umpama mencurah air di daun keladi..
Subscribe to:
Posts (Atom)