Tuesday, January 26, 2010

PERMULAAN

alhamdulilah.. akhirnya aku sudah memiliki satu blog sendiri. sememangnya dr dulu lg ingin aku membuka blog sebegini namun sikap suka bertangguh aku membuatkan ia tidah dilaksana dr hari ke hari. mungkin juga hati ini belum bersedia untuk berkongsi apa yg selalu aku simpan didalamnya. namun kini aku rasa ia masa yg amat sesuai. tat kala aku direjam dgn pelbagai dugaan dan dibuai segala kegembiraan, aku rasa ia patut dikongsi bersama.. bukan mengharap simpati atau mengangkat bakul sendiri. tetapi sekadar pengajaran hidup dimana kita tidak pernah serik berlakon untuk satu penghujung cerita iaitu kebahagiaan. kurang molek rasanya membuka bicara bagi sesuatu yg baru berpucuk dgn luahan mendung kelabu yg menggusar di hati ini... cukup sekadar rasa syukur kerana hati ini memberi sedikit ruang untuk coretan ini...kini aku seolah memperolehi landasan baru untuk terus meluncur dr hati terus ke papan kekunci ini lantas mamberi satu coretan yg mungkin ada pembacanya.... wasalam

No comments:

Post a Comment