Saturday, February 6, 2010

KELIRU

agak lama aku tidah menjengah ke ruangan ini. emm...bukan tiada lg minat dihati malahan suara hati ini seolah-olah meronta2 untuk aku kembali menggerakan jari jemari ini untuk memaju papan kekunci bagi memahat segala yg aku rasa di salah satu hamparan maya yg cukup porpular ini. dari satu sudut yg lain aku terasa begitu kosong sehinggakan aku tercari-cari baris ayat yg bisa kau susun. ada kalanya aku terasa begiti tepu dan ingin sepantas kilat menceritakan segalanya. keliru atau lebih tepat lg aku masih tercari-cari siapa aku yg sebenarnya.mungkin ada yg menganggap aku terlalu tua untuk semua itu. tetapi hakikatnya itulah yg lahir dr hati ini. bukan tidak mengenali diri sendiri tetapi kadangkala aku keliru. pd ketika ini aku merasa kehilangan teman2 yg dulunya begitu menyokong kerjaya yg aku lakukan. tanpa punca yg jelas mereka sentiasa berasia. penjelasan demi penjelasan aku pinta namun sikap membisu membuatkan aku bertambah curiga.mungkin aku masih punya teman dlm kehidupan seharian namun dalam kerjaya aku sedar aku kini sendiri. aku keliru kenapa aku menjadi anak tiri dlm hubungn kerjaya. segala buah fikiran aku curahkan demi melihat tangan-tangan yg sama-sama mengangkat nama itu turut cemerlang. malah kini kenapa tangan ku mereka lepaskan. aku tetap berpaut pd belas ehsan yg mana sinar bakat ku bukan lg jd utama. meminta kadang kala persis seorang fakir. redha kerana dasarnya mungkin ini takdir tapi bila tiada ketelusan dlm perhubungan membuatkan aku kembali berfikir. pada mulanya hati bersalut hitam.. akal dihumban nafsu dijulang. ingin sekali merentap gemilang yg bertahta. namun jika itu dizahirkan, apa beza aku dgn mereka. kembali aku pd yg Satu. tempat mengadu yg tiada batasan waktu. redha dgn apa yg ditentukan dan terima dgn rezeki yg diterima. aku kini bangkit kembali dr segala yg berlaku. kembali mula bertahtih mengatur langkah.usaha yg tiada henti demi persaingan yg lebih sengit.namun aku tidak dpat menipu diri ini yg parut itu masih terlekat pd hati. sesekali memujuk hati yg kini mudah membara tetap terasa benjolan parut itu. bukan dendam lg yg aku semai dlm diri tetapi doa supaya mereka diberi cahaya kebenaran atas apa yg berlaku...perasaan aku tidak pernah tenang. kadang kala aku terkilan kenapa aku sering dipinggirkan tatkala saat bergembira. namun jika aku mencadangkan sesuatu..emmm..ia umpama mencurah air di daun keladi..

Saturday, January 30, 2010

PENANTIAN

Apa sudah terjadi pada harapan yg kau gubah selama ini. aku masih di sini menanti mu. tidak berganjak walau seinci kerna aku terlalu cintakan mu. adakah aku cuma boneka tidur mu, yg bisa kau campak bila kau benci. kau kutip dan dakap diri ku bila kau takut dihimpit nafsu sendiri. aku mengharapakn lebih dr itu kerna aku mencintai mu. kenapa kamu meghembus nafas kedinginan di tgh malam. ia bisa membuatkan aku bercerai dgn mimpiku dimana kamu adalah wira ku. kamu telah menyalakan kembali api cinta ini yg telah lama terpadam. setelah hati ini kembali terang, mengapa kau cuba lari. tolonglah wahai kekasih hati ku. rasailah kehangatan api yg kau nyalai ini...

Thursday, January 28, 2010

PERTEMUAN

pabila terbit jalur-jalur kehangatan mentari maka segala kemanisan semalam semakin tawar. ia kini adalah satu lg catatan indah nan berbunga dlm kamus hati kecil ku.. pertemuan yg singkat sedikit pun tidak merubah asas yg menyatakan kau adalah yang terbaik untuk ku. berdebar bagai menanti satu kelahiran baru.. itulah yg ku rasa pabila kamu menyapa diri ku yg terawang memikir siapalah aku di mata mu, apatah lg dihati insan sesempurna mu. senyum yg kau ukir dan belaian yg kau beri cukup membuatkan aku berpaut teguh pada pasak yang aku bina untuk diri mu. tiada yg lain melain kamu. rela ku bakar segala kitab-kitab cinta yg palsu demi sebaris kata keramat yg kau ucapkan pd diri ku. menerima aku bukan dgn bibir manis mu tetapi dgn sentuhan yg bisa melumpuhkan seluruh angota ku. ku rela lemas dlm dakap mu dr berenang pd yang tak pasti..ku harap cinta ini tidak disia-siakan. namun ku masih takut dgn bayangan perpisahan dan kecurangan. hapuskan semua itu wahai kekasih kerna kamu adalah wira ku yg aku taruhkan kerajaan cinta. jgn kau khianati aku kerna kamu juga lah yg bisa membuatkan aku sesat dan terhenti di persimpangan ini.jgn kau pandang kepada keseronokan semata kerna aku menyulam kebahagiaan untuk kita berselimut merasakan kehangatan cinta ini.....

Wednesday, January 27, 2010

PENCARIAN

emm.. hari ni aku terasa agak penat walhal tiada sebarang aktivi yg memenatkan aku lakukan. pada ketika ini, cukup tegar aku menahan mata. apa yg terfikir hanya lah kamar tidur dibalakang aku ini. namun begiti aku rasa aku patut keruangan ini bagi mencoret sedikit apa yg aku rasakan hr ini. benar kata org yg jgn miliki 2 benda yg sama, pasti ada yg akan kita terlepas pandang atau cuba dibanding-bandingkan. kali ini aku membicarakan soal hati dan perasaan. agak lama aku bertitik pada kenangan yg lalu kerana masih berputik harapan aku akan bersama dgn org yg aku cintai. kenangan lalu aku jadiakan hiburan sepanjang hari. mengenang segala kemanisan bersama. namun setelah sekian lama aku sedar. itu hanyalah bayangan silam yg merantai segala peluang yg ada dihadapan ku. lalu aku simpan segala-galanya jauh dlm lipatan sejarah. tidak trlintas membuang semuanya kerna sesekali aku perlu mencari helaian-helaian kenangan itu sebagai panduan aku sekarang. kini setelah sekian lama.. muncul pula erti cinta itu buat yg kedua kalinya.. apakah ini betul yg keluar dr hati. berkali aku tanya soalan itu namun hati ini semakan berdebar.. debaran yg sama seperti dahulu.. bukan serik malah lebik kepada waspada agar tidak membuang masa memujuk hati ni yg baru sahaja sembuh dr lukanya. namun langkah kali ini hampir sama seperti dahulu...sehinggakan mengingatkan aku pada kasih yg dulu... malah ia semakain kuat berakar di lubuk perasan ini. benar.. cinta pertama sememangnya tiada tandingan. ku berharap kali ini ia bukan lg mimpi yg bukan saja bisa dikenang malah dirasi setiap detik. namun begitu cinta pertama tetap agong. beliau tetap ada tempat dihati ku ini dan jika seluruh dunia membuangnya.. akulah yg pertama akan melindunginya.....

Tuesday, January 26, 2010

PERMULAAN

alhamdulilah.. akhirnya aku sudah memiliki satu blog sendiri. sememangnya dr dulu lg ingin aku membuka blog sebegini namun sikap suka bertangguh aku membuatkan ia tidah dilaksana dr hari ke hari. mungkin juga hati ini belum bersedia untuk berkongsi apa yg selalu aku simpan didalamnya. namun kini aku rasa ia masa yg amat sesuai. tat kala aku direjam dgn pelbagai dugaan dan dibuai segala kegembiraan, aku rasa ia patut dikongsi bersama.. bukan mengharap simpati atau mengangkat bakul sendiri. tetapi sekadar pengajaran hidup dimana kita tidak pernah serik berlakon untuk satu penghujung cerita iaitu kebahagiaan. kurang molek rasanya membuka bicara bagi sesuatu yg baru berpucuk dgn luahan mendung kelabu yg menggusar di hati ini... cukup sekadar rasa syukur kerana hati ini memberi sedikit ruang untuk coretan ini...kini aku seolah memperolehi landasan baru untuk terus meluncur dr hati terus ke papan kekunci ini lantas mamberi satu coretan yg mungkin ada pembacanya.... wasalam